Personal Coaching Entrepreneur (Teknik Pemasaran)

6 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan Personal Coaching Entrepreneur iaitu teknik pemasaran. Objektif utama pihak PEDi mengadakan personal coaching adalah untuk memantapkan atau memajukan lagi hasil jualan produk para usahawan. Hal ini adalah kerana, dengan adanya ilmu baharu mereka akan mempunyai cara atau idea untuk memasarkan produk mereka ke pasaran.

Selain itu, Teknik pemasaran juga penting untuk usahawan yang ingin mempromosikan produk mereka secara atas talian menggunakan media social seperti facebook, whatsapp, Instagram, tiktok dan platform lain. Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai usahawan yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut ilmu baharu tentang Teknik pemasaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali